Thursday, March 12, 2009

Lasagna Nadoda















Gambaq (rentungs) ni masa percubaan pertama membuat lasagna..;p



Bahan A (Sos Merah)

Daging/ayam cincang (aku slalu guna brand Ramly)
Spagethi sos ( brand Kimball sebab murah)
Satu sudu kecil lada hitam
Satu sudu besar cili boh (tambah kalo nak extra pedas la)
1-2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Sedikit air (agak2 la lebih kurang 1/2 cawan ke. jangan letak banyak sangat)
Garam secukup rasa

Bahan B (Sos Putih)

2 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
cream cheese (aku lupa nama brand yg murah tu. tapi kalo pi Jusco cari cream cheese dalam tiub plastik dengan label warna kuning & tulisan kaler merah. price dlm RM7.40 :D)
2 sudu besar butter

Bahan C (Lapisan)

Lasagna sheet
Mozarella Cheese / Cheese slice (aku slalu guna cheese slice sebab murah skit)

Cara-cara membuat

1. Sos Merah - Tumis bawang besar (telah dadu), lada hitam (telah ditumbuk) & cili boh sehingga wangi dan garing. Masukan sos spagethi dan selepas 1 minit masukan daging/ayam cincang dan setelah nampak agak masak, masukan sedikit air & garam biarkan selama 2 minit then setelah masak asingkan ke dalam satu bekas.

2. Sos Putih - campurkan tepung gandum, susu segar dan butter ke dalam satu bekas then masak bahan tersebut bersama dengan cream cheese dan boleh tambah lagi susu jika ia terlalu pekat. Pastikan campuran tepung, butter, cream cheese larut bersama susu dan akhir sekali masukan sedikit garam.

3. Lapisan - rebus lasagna sheet hingga ia menjadi lembut-kenyal (masa nak rebus tu masuk sekali minyak supaya lasagna sheet tu tak melekat.

Cara membakar

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius.
2. Sediakan bekas membakar bersegi empat (mcm bekas kita nak buat kek tu..aku nk sebut pun tatau..paham2 je lah) then sebelum masukan bahan, sapu sedikit butter ke seluruh permukaan bekas.
3. Masukan sos merah diikuti dengan sos putih - ratakan lepas tu letak satu lasagna sheet then ulangi proses tu sehingga menjadi 3 lapisan. Tapi untuk lapisan atas sekali, jangan letak lasagna sheet. Yang perlu hanya sos merah dan sos putih lepas tu tabur mozarella cheese/slice cheese di atas lapisan tersebut...lagi banyak lagi sedap.
4. Bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 35 minit api bawah diikuti 5 minit api atas.
5. tadaaaaa siap sudah...bleh la kalo nak hias dgn daun pasley

Note: Resipi ni Cik Mas_Jelita yang request...sorry la aku xreti sangat nak karang menu...hehe

2 comments:

tedyboo said...

hehe,yeay,rindu nk mkn lasagna nadoda ni :D sedap gle kn oda kn ;)

BlackOrked said...

wei nad...ahahaha..rindu kat teddy ang...rindu nk tarik2 telinge teddy ko tu..huuuu