Tuesday, June 23, 2009

antara angan-angan dan realiti VS antara harapan dan penantian

yang mana satu??? yang mana satu..... idaman kalbu... ehh!!! ternyanyi lak... hikhikhik.....

terlebih angan-angan hidup umpama mat jenin, tanpa angan-angan bagaimana mungkin kita dapat menjadikan impian suatu realiti. untuk menentu corak kehidupan masa depan lebih cemerlang. bagaimana caranya untuk memulakan langkah dalam mencari identiti yang lebih berwibawa? siapa yang dapat menolong kita? bagaimana? bagaimana? bagaimana? persoalan ini yang selalu membelenggu akal fikiran aku yang amat cetek tentang kehidupan. emmm..... sedeyyy.....

harapan untuk memiliki kehidupan yang amat sempurna 100% menjadi impian setiap manusia termasuk aku, tapi penantian terhadap harapan itu kadang-kadang boleh membunuh sebahagian dari jiwa kita. mengapa dan kenapa ini mesti terjadi???

apakah kita perlukan penantian terhadap harapan untuk menjadikan angan-angan itu suatu realiti???!!! hanya diri kita yang dapat menjawab segala persoalan yang terungkai di benak kita kurniaan ALLAH s.w.t.

hati yang sabar , tabah , teguh dan sentiasa mencari keredhaan , restu dan rahmat dari ALLAH s.w.t. terhadap penantian dalam harapan itu untuk menjadikan angan-angan suatu realiti mampu mencorak kehidupan yang lebih baik dan sempurna dunia akhirat.

persoalannya sekarang....................... mampukah kita???

pening.......................

2 comments:

orkid kaler hitam said...

mampu je...ajal, jodoh, maut & rezeki dia tangan ALLAH...

chaiyok3x

qASeh_muTIarA said...

alhamdulillah... :)