Tuesday, May 26, 2009

Resipi: Biskut Goreng

Bahan-bahan:

1) 15 keping cream crackers
2) 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3) 2 biji telur (dipukul rata)
4) Wedges atau ubi kentang (dikupas & dipotong nipis-nipis)
yang ni ikut suka nak bubuh banyak mana pun.
5) Daging cincang (ikut suka juga nak bubuh banyak mana pun)
6) Cili sos, Thai sos, tomato sos & kicap
7) Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1) Pecah-pecahkan cream crackers (jangan sampai hancur)
2) Rendam cream crackers yang telah dipecahkan bersama
dua biji telur yang telah dipukul rata tadi
3) Goreng wedges atau ubi kentang sehingga empuk (digoreng asing)
4) Tumis bawang besar yang telah dihiris halus sehingga wangi
5) Masukkan daging cincang serta tumis bersama bawang sehingga naik bau
6) Masukkan bancuhan cream crackers bersama telur ke dalam bahan tumis.
Goreng sehingga bahan menjadi garing
7) Tuangkan Cili sos, Thai sos, tomato sos dan kicap (sukatan suka hati nak banyak mana.
Tapi seeloknya jangan banyak sangat takut nanti jadi macam kuah. hehe)
8) Masukkan wedges atau ubi kentang yang telah digoreng tadi.
Gaul hingga rata kesemua bahan.
9) Masukkan garam secukup rasa.
10) Tadddaaaaaaa siap untuk dihidang dan dimakan.

KakiNota: Sedap ni. Gila sedap. Kalau tak percaya, balik nanti korang try la buat. Gambar? aku cuba upload nanti yer. ;)

1 comments:

qASeh_muTIarA said...

nanti aku try resepi ni..
wehh!! resepi cheese cake mana?? huhu