Monday, May 18, 2009

'KACIP' sudah tiba ke tanganku!


Hari ni aku agak bersemangat turun ke besmen untuk cek peti surat. Hampanya pagi tadi sekitar jam 11 pagi masih belum ada, tapi aku tak berputus asa, aku cuba cek lagi kesekian kalinya pada jam 3.30 petang. Jawapanya positif hehe KACIP sudah ada dalam kotak peti surat ofisku. Aku berasa sangat teruja. Sambil berjalan ke surau untuk solat zohor, aku membuka sampul surat yang berwarna putih itu dan bila terpandangkan kulit muka KACIP, aku hampir melompat di situ. Hehehe nasib tak ada orang kalau tak konfem aku malu kering hahahha.

Sekembali aku dari solat, aku terus balik ofis tanpa menyinggah ke mana-mana seperti selalu. Tanpa lengah aku terus buka KACIP dan curi-curi baca sambil tersenyum jeling kiri-kanan. Baru baca dua, tiga baris, aku dah hampir mengekek nasib baik aku bijak 'cover line' kalau tak konfem kantoi terang-terang hehe jadi untuk tidak mengkantoikan diri sendiri, aku memutuskan untuk sambung baca di rumah. Lebih selamat. Periuk nasi HARUS dijaga juga beb!

Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih daun keladi buat Sindiket Sol-jah kerana memahami jiwaku yang kehausan KACIP dengan menghantarnya cepat-cepat. Juga kepada Pipiyapong si penulis yang sangat selamba kerana menghasilkan sesuatu yang boleh membuatkan aku hampir-hampir dicop perempuan gila sebentar tadi. ngeh, ngeh, ngeh,ngeh!

Kepada kedua-duanya: teruskanlah menghasil dan menerbitkan karya-karya yang jujur dan best seperti KACIP ini!

3 comments:

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Apsal macam blur je kulit Kacip tu? Kacip cetak rompak kan?

orkid kaler hitam said...

eh ello bersusah payah aku register maybank2u semata2 nak angkat Kacip ni tau..lu kata cetak rompak?..saman kang hahhaha

tapi memang best la Kacip ni..aku khatam 3x dah ;)

anyway thanks sebab sudi lawat blog sememeh ni...

Lu memang KACIP arrr!

kaseh mutiara said...

kalo best leh arr pinjam... hehehehe...