Tuesday, May 19, 2009

Virus H1N1

Bala baru untuk umat manusia kali ini ialah virus H1N1. Kalau sesiapa masih tak tahu pasal benda alah ni memang lemah pengetahuan am tahap giga. Lebih tepat bak selalu yang dikatakan PP 'king of kodi'

Semalam, aku baru dapat call dari seorang ofismet aku, katanya dia ada di kampung dan tak dapat datang kerja untuk keesokan hari dan mungkin hari-hari seterusnya dalam minggu ini. Katanya isteri dia terpaksa dikuarantin di hospital kerana disyaki terjangkit H1N1. Hampir terlepas telefon di tangan bila dengar khabar tu. Aku tanya macam mana boleh kena? dia kata dia pun tak tau, yang dia tahu isteri dia demam dan pergi cek di klinik dan lepas tu terus kena tahan.

mak datuk! demam je terus kena suspek H1N1. Gila boleh paranoid macam ni.

Kepada korang di luar sana, elakan diri korang dari terjebak dengan demam. Minum air putih dan 100 Plus banyak-banyak dan makan vitamin C secukupnya (petua mak aku).

info H1N1

0 comments: